KESAN-KESAN KEGIATAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kegiatan pertanian mempunyai pelbagai kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan-kesan buruk ialah:


  • Pencemaran tanih
      -Kegiatan pertanian banyak menggunakan baja kimia dan racun serangga. Pengunaan racun serangga, racun rumpai dan baja kimia akan menganggu ekosistem. Selain itu, pengunaan racun serangga dan baja kimia yang berleluasa juga meningkatkan keasidan tanah. Ini menyebabkan tanah menjadi tidak subur.  


  • Pencemaran air
     -Baja kimia dan racun serangga yang digunakan akan mengalir ke sungai. Ini boleh mengancam hidupan akuatik, mengancam kesihatan manusia dan binatang ternakan.


  • Pencemaran udara
      -Pencemaran udara boleh berpunca daripada kenderaan yang mengangkut barang seperti buah kelapa sawit. Ini menyebabkan manusia akan menghidap pelbagai penyakit apabila selalu menghidu udara yang kotor. Contoh-contoh penyakit adalah seperti kanser paru-paru, kanser hidung dan sebagainya.

Comments

Post a Comment